ยป CLUSTER AGRICULTURE & BIODIVERSITY

Aplikasi DEEP-NDVI

PROJECT SUMMARY

DEEP-NDVI adalah aplikasi telefon pintar berasaskan AI untuk memantau tahap kesihatan tanaman secara mudah, pantas, dan kos efektif. Menggunakan model Conditional Generative Adversarial Network (CGAN), aplikasi ini menukar gambar daun biasa kepada imej Near InfraRed (NIR), seterusnya mengira nilai Normalized Difference Vegetation Index (NDVI) untuk mengesan stres tanaman lebih awal sebelum kerosakan ketara berlaku. Pendekatan ini telah dikembangkan untuk mendapatkan beberapa indeks tanaman yang lain seperti Soil-Adjusted Vegetation Index (SAVI), Enhanced Vegetation Index (EVI) dan Difference Vegetation Index (DVI). Dengan integrasi Vision Language Model (VLM), aplikasi ini bukan sahaja menganalisis imej tetapi juga memahami soalan pengguna serta memberi penjelasan dan cadangan rawatan secara interaktif. Teknologi ini membantu petani mengoptimumkan pengurusan sumber, meningkatkan hasil, dan mengurangkan risiko serta kos, menjadikan pemantauan tanaman lebih mudah diakses oleh semua lapisan petani, termasuk komuniti bandar dan luar bandar.

IMPACT

Inovasi DEEP-NDVI meningkatkan produktiviti pertanian dan hasil ekonomi, memperkasakan komuniti petani melalui akses teknologi pintar, serta menyumbang kepada keselamatan makanan dan kemampanan sektor pertanian negara


RESEARCHER

Prof. Madya Dr. Puteri Suhaiza binti Sulaiman
Universiti Putra Malaysia